Hari 01: XI’AN [MM] 22-5-2013 CZ3201
1625/1905
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Xian melalui
Guangzhou. Ketibaan di Xian, anda akan disambut oleh wakil kami, makan malam
dan mendaftar masuk hotel.
Hari 02: XI’AN TOUR [BF/L/D] 23-5-2013
- BY BUS
Selepas sarapan pagi, menaiki bas
selama 45 minit menuju salah satu benda ajaib di dunia “Terra Cotta Warriors of Emperor Qin Shihuang”. Ini merupakan
salah satu penemuan arkeologi yang terbesar di dunia di mana dengan 3 dewan
pamiran, yang terbesar seluas 180 meter kali 60 meter - ia menempatkan hasil carigali berterusan
terhadap 8000 perwira-perwira Terra Cotta dan kuda-kuda yang mengawal makam Qin
Shihuang Maharaja China pertama. Kemudian menziarahi Masjid Besar Xi’an dan
solat di dalamnya.
Hari 03: Xian –
Lanzhou (B/L/D) 24-5-2013 By
air MU 2306 2215/2320
Selepas sarapan pagi, melawat Stone Tablets Museum.
Ia dinamakan oleh UNESCO sebagai salah satu muzium yang tersohor di dunia. Stone
Tablets Museum telah dibina di atas tapak asal kuil Xian Confucius yang telah
dibina di dalam zaman Dinasti Song
(907-1279 selepas masehi). Muzium ini merupakan sebuah muzium yang
terkenal di China justeru koleksi “Stone Tablets” di atasnya seni kaligrafi
China diukir dan kerja-kerja klasik Confucius dipelihara. Selepas makan
tengahari kita akan menziarahi masjid yang paling masyhur di Xi’an yang telah dibina
oleh Dinasti Tang dalam tahun 742 Masehi dan komuniti muslim yang berhampiran.
Kemudian melawat Bell Tower (Zhonglou)
dan Big Wild Goose Pagoda. Selepas makan malam bertolak ke lapangan terbang
untuk penerbangan domestic ke Lanzhou.
Ketibaan di Lanzhou, mendaftar masuk hotel dan rehat.
Hari 04: LANZHOU – DUN HUANG [BF/L/D]
25-5-2013 (BY TRAIN )
Selepas
sarapan pagi,
menziarahi Masjid Nanguan. Telah direkodkan bahawa Masjid Nanguan
adalah salah satu dari enam masjid yang
termasyhur di Lanzhou. Ia telah dibina dalam era Hongwu (1368-1398
Masehi) di zaman Dinasti Ming (1368-1644 Masehi). Masjid ini
berkeluasan
1056 meter persegi dan mempunyai empat tingkat. Tingkat pertama
digunakan
sebagai kelas pembelajaran, dewan pamiran dan bilik rehat. Tingkat kedua
dan
ketiga pula merupakan dewan solat yang mampu menampung ribuan bilangan
Jemaah.
Manakala tingkat 4 pula kubah berwarna hijau dengan bulan sabit setinggi
1.5
meter yang diperbuat dari keluli. Lawatan di Lanzhou juga termasuk ke
Jiefangmen
Square. Kemudian menziarahi Masjid Xiguan. Menaiki keretapi dengan
tempat tidur
untuk ke Dunhuang jam 5:55 petang.
Hari 05: DUN HUANG - HAMI [BF/L/D]-
26-5-2013 BY BUS
Ketibaan di Dunhuang jam 7:46 pagi,
anda akan dibawa untuk sarapan pagi dan kemudian melawat gurun pasir yang
menyanyi (Singing Sand Dunes) yang dipanggil oleh Marco Polo sebagai pepasir
yang berdesir dan Crescent Moon Lake (tasik berbentuk bulang sabit). Sepanjang
catitan sejarah, Dunhuang mempunyai sejarah lebih dari 2000 tahun. Dunhuang
selalu berperanan sebagai laluan masuk penting yang menghala ke barat justeru
kedudukan geografinya yang berada di persimpangan Gansu, Qinghai dan Xinjiang.
Oleh itu, Dunhuang merupakan salah satu persimpangan laluan sutera yang terpenting.
Selepas solat, bertolak ke Hami. Saksikan pemandangan indah bumi Xinjiang ini
di sepanjang perjalanan.
Hari 06: HAMI – TURPAN [BF/L/D] - 27-5-2013
BY BUS
Selepas sarapan pagi, bertolak ke
Turpan. Lawatan di Turpan termasuk, Emin Minaret (Sugong Pagoda) yang telah
dibina dalam tahun 1777 oleh seorang pemuka agama tempatan, melawat Grape
Valley, Karez Well dan Sugong Pagoda atau masjid Menara Emir sebuah masjid
terbesar di Turpan. Masjid ini dibina di zaman permulaan Dinasti Qing (1644-1911)
dengan keluasan 2500 meter persegi. Meneruskan perjalanan melalui
kawasan-kawasan pergunungan dan beberapa tapak lagenda seperti Flamming Hill,
yang digambarkan dalam siri cerita Monkey King. Kemudian melawat kota kuno
Jiaohe yang terletak di antara Pertemuan dua sungai utama. Tapak tinggalan
sejarah Jiaohe adalah merupakan tapak sejarah dan warisan UNESCO. Bermalam di
Turpan.
Hari 07: TURPAN – URUMCHI [BF/L/D] - 28-5-2013
BY BUS
Selepas sarapan, kembali
ke Urumchi. Ketibaan di Urumchi, melawat Heavenly Lake (termasuk cruising) - di
tengah-tengah puncak Bogda, lebih kurang 110 km ke timur Urumchi terletaknya
Heavenly Lake. Dengan merangkumi keluasan 4.9 kilometer persegi, tasik yang
berbentuk bulan sabit dengan kejernihan air bagaikan Kristal ini berhak
terdapat namanya sebagai mutiara bagi Gunung Syurga (Gunung Tianshan). Dengan salji yang telah
mencair sebagai punca airnya maka tidak hairanlah, Heavenly Lake sejernih
Kristal., membeli Boleh di Grand Basar dan
menziarahi Masjid Shanxi yang merupakan masjid terbesar di Urumqi. Masjid ini
pertama kalinya dibina di zaman Qianlong (1736-1795). Dinding dewan besar
solatnya setinggi 10 meter dengan senibina China, dewan solat tingkat bawah
dilapik dengan permaidani dari kayu dan masjid ini merupakan headquarter bagi
Persatuan Muslim Urumqi.
Hari 08: URUMCHI – KASHGAR [BF/L/D] - 29-5
-2013 BY AIR CZ6807 1850-
2030
Selepas sarapan pagi kita akan berhenti di Red Hill di
pinggir Sungai Urumchi bagi melihat keindahan panorama kota ini dan melawat
Zhenlong Pagoda setinggi 9 tingkat yang
terletak di lereng bukit. Kita juga akan menziarahi Masjid Tartar (sekiranya
mengizinkan jika tidak kita akan ke bazaar). Ke lapangan terbang untuk
penerbangan ke Kashgar.
Hari 09:
KASHGAR - [BF/L/D] - 30-5-2013
BY BUS
Selepas sarapan pagi bertolak ke
Karakul Lake, dalam perjalanan anda boleh menikmati keindahan pemandangan
Karakoram Highway yang amat mengkagumkan melalui kampong Opal yang cantik.
Hari 10: KASHGAR – URUMCHI 31-5-2013
BY AIR CZ6808 2115 - 2255
Selepas sarapan pagi menziarahi
Maqam Abjak Hoja (Pemimpin Islam Kurun ke 17), bersiar-siar di kawasan Bandar
Lama. Menziarahi masjid Id Kah dengan dom dan menaranya yang cantik masjid ini
merupakan yang terbesar di China sejak 1442. Sepanjang jalan anda akan menemui
para pedagang menjual alat-alat muzik, barang-barang kemas dan perhiasan
wanita. Selepas makan malam bertolak ke
lapangan terbang untuk penerbangan domestic ke Urumchi. Sampai Urumchi,
mendaftar masuk hotel dan rehat.
Hari 11: URUMCHI – GUANGZHOU 1-6-2013 BY AIR CZ6002 0945
- 1425
Selepas sarapan pagi bertolak ke lapangan terbang untuk
penerbangan pulang ke Malaysia melalui Ghuangzhou. Ketibaan di Ghuangzhou, anda
akan disambut oleh wakil kami. Pada petang hari masa bebas membeli belah di
Ghuangzhou.
Hari
12: GUANGZHOU – KUALA LUMPUR 2-6-2013 CZ3047 1300
– 1700
Selepas sarapan pagi ,
menziarahi Saad bin Abi Waqas dan makam
beliau sebelum bertolak ke lapangan
terbang untuk pulang ke Malaysia. Ketibaan di KLIA jam 5 petang insya-Allah.
Selepas sarapan pagi, masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan
ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment