Friday, 17 May 2013

PAKEJ PELANCONGAN SILK ROAD – XIAN, URUMQI, TURPAN, HAMI, LANZHOU, DUN HUANG, KASHGAR & GHUANGZHOU ( 13H 11M )

ATURCARA KEMBARA:-


Hari 01:  XI’AN [MM]   22-5-2013  CZ3201 1625/1905

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Xian melalui Guangzhou. Ketibaan di Xian, anda akan disambut oleh wakil kami, makan malam dan mendaftar masuk hotel.


Hari 02: XI’AN TOUR [BF/L/D]  23-5-2013    -  BY BUS

Selepas sarapan pagi, menaiki bas selama 45 minit menuju salah satu benda ajaib di dunia “Terra Cotta Warriors of Emperor Qin Shihuang”. Ini merupakan salah satu penemuan arkeologi yang terbesar di dunia di mana dengan 3 dewan pamiran, yang terbesar seluas 180 meter kali 60 meter -  ia menempatkan hasil carigali berterusan terhadap 8000 perwira-perwira Terra Cotta dan kuda-kuda yang mengawal makam Qin Shihuang Maharaja China pertama. Kemudian menziarahi Masjid Besar Xi’an dan solat di dalamnya.


Hari 03: Xian – Lanzhou (B/L/D) 24-5-2013   By air  MU 2306 2215/2320

Selepas sarapan pagi, melawat Stone Tablets Museum. Ia dinamakan oleh UNESCO sebagai salah satu muzium yang tersohor di dunia. Stone Tablets Museum telah dibina di atas tapak asal kuil Xian Confucius yang telah dibina di dalam zaman Dinasti Song  (907-1279 selepas masehi). Muzium ini merupakan sebuah muzium yang terkenal di China justeru koleksi “Stone Tablets” di atasnya seni kaligrafi China diukir dan kerja-kerja klasik Confucius dipelihara. Selepas makan tengahari kita akan menziarahi masjid yang paling masyhur di Xi’an yang telah dibina oleh Dinasti Tang dalam tahun 742 Masehi dan komuniti muslim yang berhampiran. Kemudian melawat Bell Tower  (Zhonglou) dan Big Wild Goose Pagoda. Selepas makan malam bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan domestic ke Lanzhou.  Ketibaan di Lanzhou, mendaftar masuk hotel dan rehat.


Hari 04: LANZHOU – DUN HUANG  [BF/L/D]  25-5-2013   (BY TRAIN )  

Selepas sarapan pagi, menziarahi Masjid Nanguan. Telah direkodkan bahawa Masjid Nanguan  adalah salah satu dari enam masjid yang termasyhur di Lanzhou. Ia telah dibina dalam era Hongwu  (1368-1398 Masehi) di zaman Dinasti Ming  (1368-1644 Masehi). Masjid ini berkeluasan 1056 meter persegi dan mempunyai empat tingkat. Tingkat pertama digunakan sebagai kelas pembelajaran, dewan pamiran dan bilik rehat. Tingkat kedua dan ketiga pula merupakan dewan solat yang mampu menampung ribuan bilangan Jemaah. Manakala tingkat 4 pula kubah berwarna hijau dengan bulan sabit setinggi 1.5 meter yang diperbuat dari keluli. Lawatan di Lanzhou juga termasuk ke Jiefangmen Square. Kemudian menziarahi Masjid Xiguan. Menaiki keretapi dengan tempat tidur untuk ke Dunhuang jam 5:55 petang.

  

Hari 05: DUN HUANG - HAMI   [BF/L/D]-   26-5-2013    BY BUS

Ketibaan di Dunhuang jam 7:46 pagi, anda akan dibawa untuk sarapan pagi dan kemudian melawat gurun pasir yang menyanyi (Singing Sand Dunes) yang dipanggil oleh Marco Polo sebagai pepasir yang berdesir dan Crescent Moon Lake (tasik berbentuk bulang sabit). Sepanjang catitan sejarah, Dunhuang mempunyai sejarah lebih dari 2000 tahun. Dunhuang selalu berperanan sebagai laluan masuk penting yang menghala ke barat justeru kedudukan geografinya yang berada di persimpangan Gansu, Qinghai dan Xinjiang. Oleh itu, Dunhuang merupakan salah satu persimpangan laluan sutera yang terpenting. Selepas solat, bertolak ke Hami. Saksikan pemandangan indah bumi Xinjiang ini di sepanjang perjalanan.


Hari 06: HAMI – TURPAN    [BF/L/D]  - 27-5-2013   BY BUS

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Turpan. Lawatan di Turpan termasuk, Emin Minaret (Sugong Pagoda) yang telah dibina dalam tahun 1777 oleh seorang pemuka agama tempatan, melawat Grape Valley, Karez Well dan Sugong Pagoda atau masjid Menara Emir sebuah masjid terbesar di Turpan. Masjid ini dibina di zaman permulaan Dinasti Qing (1644-1911) dengan keluasan 2500 meter persegi. Meneruskan perjalanan melalui kawasan-kawasan pergunungan dan beberapa tapak lagenda seperti Flamming Hill, yang digambarkan dalam siri cerita Monkey King. Kemudian melawat kota kuno Jiaohe yang terletak di antara Pertemuan dua sungai utama. Tapak tinggalan sejarah Jiaohe adalah merupakan tapak sejarah dan warisan UNESCO. Bermalam di Turpan.


Hari 07: TURPAN – URUMCHI   [BF/L/D]  - 28-5-2013    BY BUS

Selepas sarapan, kembali ke Urumchi. Ketibaan di Urumchi, melawat Heavenly Lake (termasuk cruising) - di tengah-tengah puncak Bogda, lebih kurang 110 km ke timur Urumchi terletaknya Heavenly Lake. Dengan merangkumi keluasan 4.9 kilometer persegi, tasik yang berbentuk bulan sabit dengan kejernihan air bagaikan Kristal ini berhak terdapat namanya sebagai mutiara bagi Gunung Syurga  (Gunung Tianshan). Dengan salji yang telah mencair sebagai punca airnya maka tidak hairanlah, Heavenly Lake sejernih Kristal., membeli Boleh di Grand Basar dan menziarahi Masjid Shanxi yang merupakan masjid terbesar di Urumqi. Masjid ini pertama kalinya dibina di zaman Qianlong (1736-1795). Dinding dewan besar solatnya setinggi 10 meter dengan senibina China, dewan solat tingkat bawah dilapik dengan permaidani dari kayu dan masjid ini merupakan headquarter bagi Persatuan Muslim Urumqi.


Hari 08: URUMCHI – KASHGAR   [BF/L/D]  -  29-5 -2013  BY AIR  CZ6807     1850- 2030 

Selepas sarapan pagi kita akan berhenti di Red Hill di pinggir Sungai Urumchi bagi melihat keindahan panorama kota ini dan melawat Zhenlong Pagoda setinggi  9 tingkat yang terletak di lereng bukit. Kita juga akan menziarahi Masjid Tartar (sekiranya mengizinkan jika tidak kita akan ke bazaar). Ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kashgar.


Hari 09: KASHGAR -    [BF/L/D]   -  30-5-2013    BY BUS

Selepas sarapan pagi bertolak ke Karakul Lake, dalam perjalanan anda boleh menikmati keindahan pemandangan Karakoram Highway yang amat mengkagumkan melalui kampong Opal yang cantik.


Hari 10:  KASHGAR – URUMCHI    31-5-2013     BY AIR  CZ6808     2115 - 2255

Selepas sarapan pagi menziarahi Maqam Abjak Hoja (Pemimpin Islam Kurun ke 17), bersiar-siar di kawasan Bandar Lama. Menziarahi masjid Id Kah dengan dom dan menaranya yang cantik masjid ini merupakan yang terbesar di China sejak 1442. Sepanjang jalan anda akan menemui para pedagang menjual alat-alat muzik, barang-barang kemas dan perhiasan wanita. Selepas makan malam bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan domestic ke Urumchi. Sampai Urumchi, mendaftar masuk hotel dan rehat.


Hari 11: URUMCHI – GUANGZHOU 1-6-2013   BY AIR   CZ6002     0945 - 1425

Selepas sarapan pagi bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia melalui Ghuangzhou. Ketibaan di Ghuangzhou, anda akan disambut oleh wakil kami. Pada petang hari masa bebas membeli belah di Ghuangzhou.


Hari 12: GUANGZHOU – KUALA LUMPUR 2-6-2013  CZ3047    1300 – 1700

Selepas sarapan pagi , menziarahi  Saad bin Abi Waqas dan makam beliau sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Ketibaan di KLIA jam 5 petang insya-Allah. 

Selepas sarapan pagi, masa bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan 

ke Malaysia.



LALUAN SUTERA



LALUAN SUTERA


LALUAN SUTERA atau JALAN SUTERA ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan, dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika Timur Laut dan Eropah. Pada zaman sekarang, Laluan Sutera merujuk kepada laluan-laluan utama di darat dan lautan sekitar benua-benua tersebut.

Orang pertama yang menggunakan istilah "Seidenstraße(n)" atau "Jalan Sutera", ialah seorang ahli geografi berbangsa Jerman bernama Ferdinand von Richthofen pada tahun 1877. Laluan Sutera dinamakan sempena perdagangan sutera yang meluas di China, salah satu punca laluan-lauan perdagangan terawal dihubungkan menjadi rangkaian antara benua yang meluas.

Laluan Sutera bukan sahaja merupakan saluran perdagangan sutera, bahkan juga berbagai-bagai barangan lain. Laluan ini menjadi pemangkin kegiatan pertukaran kebudayaan dan teknologi yang menghubungkan para pedagang, saudagar, penziarah, mubaligh, tentera, puak nomad dan penduduk bandar di negara China, India, Parsi dan Mediterranean selama 3,000 tahun.

Rangkaian sepanjang 4,000 batu ini membolehkan manusia mengangkut barang dagangan, khususnya barang-barang mewah seperti hamba abdi, sutera, satin dan pelbagai jenis kain halus yang lain, kesturi, wangian lain, rempah dan ubat-ubatan, permata, barang kaca dan rubarb, di samping dijadikan saluran utama untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, fahaman, falsafah, budaya, dan juga penyakit ke merata dunia (China, India, Asia Minor dan Mediterranean). 

Kegiatan perdagangan sepanjang Laluan Sutera ini merupakan faktor terpenting yang memacu pembangunan tamadun agung di China, India, Mesir, Parsi, Tanah Arab, dan Rom, serta ada kalanya mendirikan asas untuk pembangunan dunia moden. Walaupun nama "Laluan Sutera" membayangkan perjalanan tanpa henti, namun hanya sebilangan kecil orang yang pernah melaluinya dari hujung ke hujung. Lazimnya, barang-barangan diangkut oleh sekumpulan ejen di pelbagai laluan dan diperdagangkan di pasar saudagar yang kesibukan di bandar oasis.

Kawasan laluan perdagangan di Asia Tengah diluaskan sekitar 114 SM oleh kerajaan Dinasti Han,  khususnya hasil misi dan penerokaan seorang duta bernama Zhang Qian di samping laluan perdagangan terawal yang sudah lama wujud di rentas benua. Pada penghujung Zaman Pertengahan, perdagangan antara benua melalui rangkaian Laluan Sutera merosot kerana kebangkitan perdagangan laut.

SUMBER : WIKIPEDIA

Laluan Pendakwah Islam dan Empat Ulama Terkenal di China


Sejarah telah ´memperakukan´ bahawa laluan pendakwah Islam ke China yang utama ialah Laluan Sutera. Laluan darat ini telah menghubungkan China, Parsi dan dunia Arab. Berdasarkan catatan sejarah, Laluan Sutera menjadi terkenal melalui ´pertukaran´ perdagangan dan kebudayaan.

Apabila Parsi dan Asia Tengah menjadi negara Islam, pengaruh Islam telah berkembang sehingga ke bahagian barat laut China melalui Laluan Sutera. Di Xinjiang, pengislaman penduduk tempatan sudah bermula sejak abad kelapan sehingga penduduk wilayah itu hampir semuanya beragama Islam pada abad ke-15 dan 16.


Seterusnya, semua kaum daripada latar belakang etnik yang berbeza telah memeluk agama Islam. Ini merupakan kemajuan yang besar dalam sejarah perkembangan Islam di negeri China. Sehubungan itu, kesan perkembangan Islam di Xinjiang dapat dilihat di daerah-daerah Qinghai, Gansu dan Ningxia. Maka, Islam telah menjadi agama yang diikuti ramai di barat laut China.


Laluan pendakwah Islam ke China kedua terpenting ialah jalan laut. Pada awalnya, para saudagar Arab dan Parsi telah datang ke bandar-bandar pelabuhan di selatan China melalui jalan laut.


Aktiviti-aktiviti perniagaan mereka dan kebudayaan Islam dapat dilihat melalui rekabentuk masjid-masjid lama di Guangzhou, kesan tinggalan sejarah dan ukiran serta tulisan Arab pada batu nisan yang ditemui di kawasan perkuburan di wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, pengaruh Islam melalui jalan laut hanya dapat dikesan semula pada awal kedatangan Islam ke China.


Tiada tarikh yang tepat dapat dipastikan kerana kesan tinggalan sejarah telah rosak ditelan zaman atau musnah semasa peperangan. Selain masyarakat Islam di daerah Yunnan di selatan China, kebanyakan masyarakat China juga terdapat di sepanjang Jalan Sutera di barat laut China.


EMPAT ULAMA TERKENAL DALAM SEJARAH CHINA


Wang Daiyu (1584-1670) telah memperkenalkan konsep budaya Islam sambil membezakannya dengan budaya China. Beliau amat mahir dalam bidang pengetahuan tradisional China dan beliau telah memanfaatkan pengetahuan itu untuk menyebarkan pengetahuan Islam di China. Pandangan beliau telah banyak mempengaruhi masyarakat Islam sepanjang zaman.


Karya-karya beliau yang terkenal ialah "Penjelasan Tentang Agama Islam Yang Betul" dan "Pengetahuan Tinggi Qing Zhen".

Yusuf Ma Zhu dilahirkan di daerah Yunnan. Karya terkenal beliau "Arah Sebenar Islam" yang berkaitan sejarah Islam, falsafah dan undang-undang yang menitikberatkan bahawa Islam haruslah difahami dengan mengenali sifat-sifat Pencipta (Allah) sebagai teras kepada semua pengetahuan. Beliau juga mencadangkan pelaksanaan prinsip-prinsip Islam sebagai sesuatu yang amat penting bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan sosial dan mengekalkan keadilan serta kesejahteraan masyarakat.

Liu Zhi(1665-1745) ialah cendekiawan yang ulung, beliau dilahirkan di Nanjing dan pengetahuan Islamnya yang mendalam telah memberi beliau reputasi yang tinggi di kalangan masyarakat China Islam dan bukan Islam. Hasil karya beliau yang terkemuka "Tian Fang Jian Li" (Etika dalam Islam) adalah satu-satunya buku dalam bahasa Mandarin tentang Islam yang telah dikumpulkan dalam ensiklopedia ´berprestij´ yang diizinkan oleh kerajaan pada zaman Dinasti Qing.


Karya beliau telah diakui oleh para cendekiawan tradisional China sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi memahami dengan lebih jelas tentang kehidupan manusia dari perspektif Islam.


Yusuf Ma Dexin (1794-1874) terkenal dengan kefasihan dan kemahiran beliau dalam bahasa Arab dan Parsi serta pengetahuan Islam yang mendalam. Beliau telah menterjemah Kitab Suci al-Quran ke dalam bahasa Mandarin.


Beliau juga telah menulis pelbagai jenis buku tentang Islam dalam bahasa Arab dan Parsi. Pada tahun 1841, beliau telah menunaikan fardu Haji dan menetap di negara Arab selama lapan tahun. Malangnya, semasa berumur 80 tahun, beliau telah dibunuh oleh kerajaan Dinasti Qing kerana penglibatan beliau dalam pemberontakan Islam di Yunnan, China.

SUMBER : YADIM